
Memang bagus kalau dapat bersenam di gimnasium dengan kemudahan-kemudahan yang terkini. Tetapi bagaimana pula jika anda terlalu sibuk dan tidak sempat ke gimnasium. Dibawah adalah senarai senaman-senaman yang anda boleh lakukan di rumah untuk tetap menjadi cergas.
Jumping Jacks
Senaman ini adalah senaman asas yang mudah dilakukan oleh hampir semua orang. Senaman ini elok untuk kardio dan jantung anda.
Push-ups
Push-up adalah cara yang efisyen untuk menguatkan otot di bahagian dada dan lengan anda. Push up ringkas tidak memerlukan apa-apa alat dan boleh dilakukan di mana sahaja.
Squats
Senaman ini sangat berkesan ke atas otot di bahagian bawah badan (kaki & pinggul). Sama ada ingin membina kekuatan atau mengurangkan berat, Squat adalah senaman yang sesuai.
Crunches
Crunches sesuai untuk menguatkan otot di perut. Inginkan perut 6-pack yang sudah lama anda idamkan? Buat cruches di rumah anda!
Rujukan :
https://www.fit.my/ms/content/health_tips/5-ways-to-workout-at-home/