BUY 1 FREE 1 with APPECUT YELLOW Shop Now!
icon-search

Ucapkan Selamat Tinggal kepada Si Buncit

Ucapkan Selamat Tinggal kepada Si Buncit

PERUT BUNCIT merupakan pengalaman ngeri yang tidak disedari terutamanya bagi golongan lelaki yang sudah berkeluarga dan berusia. Seringkali kelihatan isteri mengandung dan bersalin tetapi tidak bagi golongan suami. 

Kawasan perut merupakan tempat di mana lemak paling banyak terkumpul kerana otot-otot pada bahagian tersebut jarang dilatih dan digunakan sehingga pembakaran lemak di kawasan tersebut adalah minimal.

Selain bentuk tubuh yang kadangkala menjadi gelak tawa rakan sekerja dan saudara-mara, ia juga menyukarkan seseorang untuk mencari pakaian yang sesuai. Bahkan, seseorang yang mempunyai perut buncit berisiko lebih besar untuk diserang berbagai penyakit antaranya adalah lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis. 

Oleh itu, mengapa ingin meyimpan lagi perut buncit yang memberi ketidakselesaan? Ikuti 4 tips yang dapat menghilangkan lemak di bahagian perut.


1. Pilih sayuran berdaun hijau gelap

Sayuran berdaun hijau gelap adalah lebih kaya dengan vitamin dan mineral serta membantu proses detoks dalam badan. Contoh sayuran yang bagus adalah sayur kale dan bayam

2. Ambil sarapan yang kaya dengan protein dan rendah karbohidrat

Sarapan ringkas dengan telur dan daging tanpa lemak atau telur dadar sayuran adalah mudah untuk disediakan. Namun ianya juga kaya dengan protein yang akan membuat anda rasa kenyang lebih lama berbanding sarapan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi.

3. Kurangkan pengambilan karbohidrat

Jika anda mengalami penurunan berat badan yang statik pada masa yang lama (Plateau), ubah gaya pemakanan anda dengan hidangan rendah karbohidrat selama 14 hari. Ia akan memberi kesan optimum kepada badan dan dapat mengurangkan risiko penyakit kronnik.

4. Konsisten dengan gaya pemakanan anda

Gaya pemakanan meyumbang kepada 80% penurunan atau peningkatan berat badan. Makanan rendah karbohidrat, tinggi protein dan serat amat membantu



Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping