BUY 1 FREE 1 with APPECUT YELLOW Shop Now!
icon-search

TIPS ELAK RASA LAPAR KETIKA BERPUASA

TIPS ELAK RASA LAPAR KETIKA BERPUASA

Antara tips yang boleh kita amalkan seperti berikut:


1. Diwajibkan bersahur sebelum terbitnya Fajar. Seeloknya elakkan tidur yang berlebihan sehingga terlepas waktu sahur. Kunci alarm & niat untuk bangun sahur.

2. Pastikan dapat tidur yang mencukupi kerana sepanjang hari ketika berpuasa, badan menggunakan tenaga lebih dari biasa kerana tiada makanan dibekalkan untuk bertukar kepada tenaga. Oleh itu, tidur (sebelum jam 12.00 malam) adalah sangat digalakkan.

3. Elakkan minuman yang manis dan bergula kerana ianya akan membuat badan cepat berasa kehausan. 

4. Banyakkan minum air kosong atau air suam ketika malam selepas berbuka puasa atau semasa waktu sahur.

5. Elakkan makanan ringan atau makanan yang diproses semasa sahur seperti mee segera (Maggi), snek ringan, fast food dan sebagainya kerana ia mengandungi terlalu banyak garam dan kandungan nutrisi yang tidak seimbang.

Tahukah anda garam yang berlebihan akan menyebabkan badan ternyah hidrat dan cepat berasa haus.

6. Digalakkan memakan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, Oat, pengambilan protein seperti  ikan atau daging dan sayur kerana ianya berkalori lebih tinggi. Makanan seimbang ini akan membantu proses pencernaan dan dapat ditukarkan kepada tenaga dengan lebih baik sewaktu berpuasa di siang hari.

7. Di nasihatkan untuk memakan 3 hingga 7 biji kurma atau jumlah ganjil yang lain. Selain daripada sunnah Rasulullah s.a.w, kurma juga lambat dicerna atau dihadam. Kajian  juga membuktikan bahawa kurma dapat menahan lapar sepanjang waktu berpuasa.

Jika sukar untuk makan kurma yang banyak, boleh blend kurma dengan susu segar. Rasa yang sedap manis & lemak. Pasti jatuh cinta.

8. Elakkan terlalu banyak tidur pada siang hari kerana anda akan lebih cepat berasa lapar dan dahaga. Disyorkan tidur selama 10-20 minit pada waktu sebelum Zohor (12.00pm-12.30pm). Power nap memang Power!

BONUS!!

9. Amalkan APPECUT sewaktu bersahur dapat membantu anda berasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari. 


Jom kita amalkan, supaya puasa kali ni kita dapat banyak keberkatan dari Allah swt..


SELAMAT BERPUASA & BERAMAL



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping